Assalamualaikum,
Salam ceria. Hari ni dah hari Khamis. Esok dah Friday (weee). Rasa sekejap je masa berlalu.
Hari ni saya ada seminar di KLCC pasal Palm Oil & Health. Tapi saya bukan nak cerita pasal seminar ni.
Sebenarnya nak bagitau ni..saya Ber-OOTD baju Adora Kurung Kedah dari Zawara. Haaa.. baju ni masa teaser dia keluar di iG Zawara, saya bisik kat hati saya (alaaa.. skirt mermaid. Nanti terserlah 'bumper' besar). Opsss (jgn bagitau orang lain).
Tapi haritu, lepas pekena churros & salted chicken wing di Zawara Coffee, saya pun terrrpegi butik Zawara (selang 2 pintu kedai dari Zawara Coffee). Lepas tu...terrrr-try ambil 1 test kat fitting room. Bila dah pakai, terrrbekenan pulak. (Tak sengaja..terrr) <- iyola tu..hahaha.
Baju kurung ni ada saiz sampai XXL.
Walaupun skirt jenis mermaid, tapi tak melekap ke badan. Dan baju top nya labuh sampai tutup punggung dan agak loose. Jadi dapat menutup 'bumper' seterusnya menutup aurat dengan sempurna.
* Wuduk friendly (ada hidden zip pada lengan)
* Nursing Friendly atau Breastfeeding Friendly (BF)
Dah beli satu color hijau/nude. Tapi sebelum balik terjeling pada warna deep red/hitam, macam terkenan jugak. Bila buka iG Zawara lagi bertambah2 teringin nak color merah pulak. Macam mana ni? Rasa macam nak rembat lagi 1. Tapi tengah reserve duit utk Minaz Orchid yang coming soon..huuu.
Next time saya review pasal Minaz Orchid pulak.
No comments:
Post a Comment